Sabtu, 27 Julai 2013

Suku Kaum Melayu Di Melaka


Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggung iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si suami mengikut keluarga si isteri . Wanita Melayu memakai pakaian yang berlonggar dan berlengan panjang yang dinamakan baju besar dan dipakai bersama kain sarung atau yang sedikit ketat dan mengikut potongan badan yang dinamakan baju kebaya . Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgor berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri kain songket akan digunakan sebagai kain samping . Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambarkan melalui lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan