Rabu, 24 Julai 2013

Zoo Melaka


Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah,Ayer Keroh,Melaka . Di sini terdapat lebih dari 214 spesis haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi . Zoo ini dinobatkan  Keroh, dalam tahun 1963 . Pada mulanya , Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979 . Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara . Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesis haiwan unggas,mamalia,reptilia dan amfibia . Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera,harimau belang,seladang,kijang dan rusa . Jumlah pelawat kira-kira 400,000 orang setahun . Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggu masa makan . Selepas makan,haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur . Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat,Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8.00 hingga 11.30 malam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan