Khamis, 25 Julai 2013

Kota A Famosa


Gambar di atas ialah A Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan relika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St Paul . Kota A Famosa ialah bermaksud yang termasyur dalam bahasa Portugis . Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A Famosa yang dipanggil Porte de Santiago 'Pintu Santiago' . Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 . A Famosa ini merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia . Nama A Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia . Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa . Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/nya itu seperti bunyi /ah . Peninggalan penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka . Kubu yang dibina oleh Kerajaan Portugis pada tahun 1511ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bangunan depan kubu ini masih kukuh terseragam bentuknya dan di kubu A Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat 9 meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan .
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan